Search

Resepi Kek Pisang :
5 biji pisang dan dilecek...

  • Share this:

Resepi Kek Pisang :
5 biji pisang dan dilecek
1 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa pisang – boleh tak nak letak
Cara-cara buat resepi kek pisang hanya guna spatula ni :
#1: Ayak bahan bahan yang bertanda .Untuk kek yang naik sekata dan bukan di bahagian tertentu seperti di tengah atau tepi, seelokknya ayak 2-3 kali untuk semua bahan tersebar rata dan sebati.Ketepikan

Macam-macam versi kek ni. Ada yang suka resepi kek pisang bakar yang lagi harum mewangi semerbak bau pisang ketika dibakar dalam oven. Memang menggiurkan. Tapi
#2: Panasakan dulu oven pada suhu 160’C lebih kurang 10 minit. Pukul telur bersama gula dan minyak hingga adunan kembang dan bertukar warna menjadi putih. Tambahkan pisang yang siap dilecek hingga hancur tadi. Kacau guna spatula sahaja. Resepi kek pisang simple ni memang pakai ni ja.

#3: Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan adun sebati dengan spatula. Guna loyang size 7 atau 8 inci.Sapu mentega + tepung ke semua bahagian tepi dan untuk lapisan bawah , boleh alas dengan baking paper.


#4: Bakar pada suhu 160’C atau ikut oven masing-masing .Bila bahagian atas dah nampak perang, turunkan suhu 140 dan guna bahagian bawah sahaja . Tapi kalau nak guna api atas bawah pun boleh, ada tips dia. Tutup lapisan atas dengan aluminium foil sekadar tutup.Jangan ketatkan .Baru lah cantik lapisan atas kek pisang tu.

#5: Bakar lebih kurang 30-40 minit sehingga kek masak. Bila dah masak , keluarkan kek dan biarkan sejuk.

Kalau ikut tips dan cara camni, memang puas hati lah tengok hasil kek pisang sukatan cawan ni. Selamat mencuba tau.


Tags:

About author
not provided
View all posts